Nama Iqbal Zulkefli jadi sebutan ramai, warganet mula suka tengok dia berlakon

NAMA pelakon dan usahawan sensasi Iqbal Zulkefli menjadi sebutan ramai selepas lakonan bersahajanya dalam drama Perempuan Itu dipuji penonton. Kata Iqbal, 29, dia bersyukur apabila orang ramai mula melihat bakat sebenarnya memandangkan selama ini dirinya lebih dikenali dengan pelbagai isu panas. Dia juga terkejut apabila ada warganet yang dahulu membencinya kini mula memberi sokongan selain turut ingin melihat dia terus beraksi dalam drama televisyen. “Memang ramai puji, sekarang pun kalau pergi mana-mana orang kenal saya sebagai pelakon sekarang ini. Saya kalau menyanyi dapat empat markah tapi belakon bolehlah dapat 20 markah.

“Saya pula lahir dari kontroversi, dengan drama ini akhirnya sisi saya yang sebenarnya orang mula nampak yang saya ini pandai berlakon. “Saya rasa ia sesuatu yang baharu, tapi sebenarnya saya boleh beri lebih lagi dalam lakonan saya,” katanya. Memegang watak Iqbal dalam drama Perempuan Itu, Iqbal berkata ini merupakan karya pertamanya tanpa menghadiri mana-mana kelas lakonan. Dia bagaimanapun mungkin mempertimbangkan untuk mengikuti kelas lakonan selepas ini bagi memantapkan lagi bakatnya yang sedia ada.

“Saya memang ada perancangan nak masuk kelas lakonan untuk mantapkan lagi lakonan saya. Saya pun dah mula serius dalam berlakon sebab pengarah pun dah mula nampak bakat saya sekarang ini,” ujarnya. Berkongsi mengenai watak idaman, Iqbal menantikan watak yang mampu memberikan pengajaran kepada penonton kerana ia lebih memuaskan hatinya sebagai pelakon. Tambahnya, dia juga tidak pernah meletakkan harga tinggi kerana bimbang sekiranya penerbit takut mendekatinya bagi menawarkam peluang lakonan.

“Saya bukan seorang yang mahukan watak hero atau nampak baik dalam drama tapi saya lebih suka kalau watak itu ada happy atau sedih-sedih sikit. Kalau boleh watak yang memberi pengajaran kepada penonton. Bayaran pula saya tak demand mana, saya sebenarnya risau kalau orang takut nak ambil saya berlakon sebab ingat saya dah biasa pegang duit. Percayalah saya tak akan letak harga tinggi!” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version