Penampilan tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang mengenakan busana tradisional songket jadi tumpuan warganet di aplikasi TikTok. Menerusi akaun @watietqtizi, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai bagi tujuan promosi. Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan warganet meluahkan rasa kurang senang sebaik melihat penampilan wanita berusia 35 tahun itu disebabkan gaya tudung yang singkat sehingga terdedah bahagian dadanya.
Selain memetik nama Shuib berhubung penampilan tersebut, segelintir warganet juga memberi pendapat bahawa Watie sepatutnya melabuhkan tudungnya supaya tampil lebih cantik serta sedap mata memandang. Sebelum ini, Watie dan Shuib dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis persandingan pada 23 Jun depan. Terdahulu, pasangan itu selamat mengikat tali pertunangan pada majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Komen Warganet: