Baru 24 hari tayangan di pawagam, Polis Evo 3 berjaya cipta rekod raih kutipan sebanyak RM50 juta

FILEM Polis Evo 3 berjaya mencipta rekod apabila meraih kutipan sebanyak RM50 juta dalam tempoh 24 hari ia menemui penonton termasuk tayangan awal di pawagam. Kejayaan itu sekali gus menjadikan Polis Evo 3 filem aksi komedi paling laris sepanjang zaman di Malaysia sepanjang masa. Memasuki minggu keempat tayangan di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura selain bersaing dengan pelbagai filem antarabangsa, namun filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini masih mendapat kepercayaan penonton.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 yang juga merupakan Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur atas kejayaan diraih dan berharap ia dapat menyuntik semangat penggiat seni untuk terus menghasilkan karya berkualiti. “Kejayaan ini diharap dapat menjadi penyuntik semangat buat kami serta penerbit di luar sana untuk terus menghasilkan karya berkualiti kerana penonton telah membuktikan sokongan mereka terhadap filem tempatan.

“Kejayaan memperoleh kutipan RM50 juta mengukuhkan jenama Polis Evo sebagai francais nombor satu negara dengan kutipan tertinggi,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad. Filem Polis Evo 3, sekali lagi menggandingkan pelakon Shahiezy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama menerusi watak Khai dan Sani yang merupakan dua sahabat bertugas sebagai anggota polis. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version