Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus unggul di Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 apabila meraih emas keduanya selepas mengungguli acara keirin sebentar tadi. Kejayaan yang diraih pelumba yang mendapat julukan The Pocket Rocket Man itu boleh disifatkan agak hebat dalam penyertaannya di kejohanan ACC apabila ia adalah emas ke-12 buat dirinya sejak pertama kali meraih pingat pada 2007.
Lebih manis lagi dalam aksi final yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai itu, turut menyaksikan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano.
Aksi yang ditampilkan pelumba kelahiran Johor itu wajar dipuji apabila melupakan kesakitan yang dialaminya selepas terbabit dalam pelanggaran pada saingan separuh akhir yang menyaksikan basikalnya itu rosak teruk dan digantikan dengan basikal prototaip untuk aksi final. Perlumbaan hari ini agak sukar kerana ada tujuh pelumba berbanding enam seperti biasa. Malah saya memulakan perlumbaan di posisi ketujuh, jadi memang agak sukar dan saya berdoa sahaja.
Bila berlumba, saya punya strategi pergi depan terus, kerana Jepun ada dua pelumba kuat iaitu Shinji dan Ota. Saya takut untuk tunggu kerana mereka akan terus pecut dan saya tak boleh ambil risiko. Jadi saya ambil alih perlumbaan dan guna tenaga lebih awal cuma saya kekalkan kelajuan. Selepas itu pelumba lain mula lakukan serangan tapi saya tetap sabar dan tunggu masa yang sesuai dan di selekoh terakhir saya berjaya di depan dan menang.
Saya menikmati detik ini lagi-lagi bila tengok penonton yang ramai hadir ke sini. Ini adalah persembahan terbaik saya. Saya juga bersyukur kerana berjaya meraih emas berganda pada penampilan terakhir saya di ACC,” katanya kepada media selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Shah membuktikan dia layak untuk menerima gelaran berkenaan meskipun terpaksa mengharungi perlawanan final dengan basikal prototaip yang tidak biasa digunakannya selepas yang asal ranap teruk akibat kemalangan di separuh akhir.
Di awal separuh akhir tak ada masalah. Apabila Jepun membuat langkah, kayuhan saya memang baik tetapi tiba-tiba saya tak tahu apa berlaku… rupanya pelumba China itu tersilang tayar dengan pelumba Jepun dan kami berlima ‘terbang’.
Saya nak habiskan perlumbaan saja. Walaupun nombor enam, hanya nakkan mata saja, misi nak kumpul mata Olimpik. Saya ambil basikal semula, saya tak tahu apa berlaku pada basikal, hanya kayuh saja. Tapi saya tak boleh tekan kaki saya, basikal saya ranap teruk tetapi nasib boleh gerak lagi (sehingga garisan penamat),” katanya.
Kredit Harian metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut