Kumpulan DOLLA mencipta satu lagi pencapaian baharu apabila disenaraikan sebagai 10 kumpulan penyanyi wanita yang harus ada dalam senarai wajib main oleh saluran YouTube tersohor, MsMojo. Kumpulan dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya terbabit diletakkan pada tangga keenam dalam senarai yang turut menamakan kumpulan lain dari pelusuk dunia itu.
Menjadi satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang berjaya memasuki carta itu, antara kumpulan lain turut tersenarai adalah kumpulan dari Jepun XG dan juga sensasi K-Pop terkini, New Jeans. Menurut saluran itu, DOLLA bukan sahaja dikenali kerana kelincahan mereka di pentas tapi juga berkat ketularan mereka di media sosial.
Ini termasuklah kejayaan lagu ‘Raya Raya Raya’ yang berjaya mengumpul jutaan peminat seluruh dunia. Dalam video berkenaan, MsMojo menyenaraikan 10 buah kumpulan nyanyian wanita antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea dan juga Asia Tenggara seperti Filipina.
Kejayaan itu semestinya cukup besar makna buat DOLLA. Ini kerana MsMojo adalah sebuah saluran YouTube yang sangat popular dan mengiktiraf artis-artis berbakat dari seluruh dunia serta berimpak besar dalam dunia seni hiburan. Dengan lima juta pelanggannya, pasti memberikan pendedahan berguna buat DOLLA meraih pengikut lebih ramai.
MsMojo juga adalah sebuah saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo, sebuah saluran video ulung di YouTube yang berpusat di Kanada. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.