Siapa yang tidak mengenali penyanyi hebat yang mendapat anugerah persembahan terbaik di AJL ke-37 iaitu Shiha Zikir menerusi lagu irama.
Shiha Zikir dikenali ramai selepas menyertai program realiti nyanyian Mentor di bawah naungan Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar atau lebih dikenali dengan nama Kak Pah. Semenjak dari itu, kerjayanya sebagai penyanyi semakin luas bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia, Singapura dan lain-lain.
Seperti yang kita ketahui, Shiha Zikir telah membuka kedai makan nasi ayam yang bertempat di kawasan Kampung Baru, serta mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan rakan artis serta peminat-peminatnya. Baru-baru ini, dikejutkan dengan berita bahawa kedai makan nasi ayamnya itu dipecah masuk. Shiha Zikir memberitahu menerusi laman media sosial instagram miliknya.
Rata-rata, rakan artis dan peminatnya mendoakan agar urusan restoran Shiha Zikir dipermudahkan dan emoga beroperasi semula. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.