Perpisahan pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof tetap mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat meskipun menganggap perpisahan adalah jalan terbaik. Ia susulan pasangan itu berdepan pelbagai cemuhan dan kontroversi selama enam bulan proses perpisahan berlangsung sebelum Syamsul, 39, akhirnya setuju melepaskan Puteri Sarah secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara yang paling terkesan dengan perpisahan itu adalah bekas ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang bersedih dengan berita tersebut dan masih berharap Syamsul dan Puteri Sarah kembali berbaik.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, berkata, sebagai menantu dia memahami perasaan ibu bapa mentuanya dan berjanji akan menjaga silaturahim dengan mereka meskipun sudah tiada ikatan dengan Syamsul. “Sarah tahu mama dan papa sedih, apa pun terjadi mama dan papa tetap ibu bapa buat Sarah. Tidak akan berubah. Sarah sayang anda berdua sampai akhir,” katanya. Aktres itu berkongsi perasaannya itu menerusi Instastory pada pagi Khamis yang memaparkan tangkap layar perbualan dengan Patimah.
Menerusi perbualan tersebut, Puteri Sarah meminta izin untuk pergi ke sebuah tempat bagi urusan kerja dan memaklumkan akan menginap di rumah mereka. Perbualan itu disambut baik Patimah dan memberitahu hubungan mereka akan terus kekal baik walaupun dia sudah berpisah dengan anaknya. “Jangan cakap macam itu, Papa kata tak ada apa yang berubah antara Sarah dengan keluarga mama. Kami tetap sama seperti dulu,” kata Patimah dalam mesej berkenaan. Pada Rabu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup kira-kira pukul 12.25 tengah hari.
Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perpisahan mereka. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan berpisah secara baik pada pertengahan Januari 2023.
Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika