Rakyat Malaysia seharusnya insaf dan menyokong perjuangan Palestin kerana bukan mudah ulama tersohor negara itu untuk keluar tanpa sekatan oleh rejim Israel. Perkara tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar ketika mengulas isu Palestin daripada penindasan Zionis.
Ini termasuk kedatangan Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekrima Said Sabri ke Malaysia yang sewajarnya dihargai sebagai peluang umat Islam bertemu tokoh tersebut. Untuk keluar dari sana pun bukan senang dan kebetulan apabila dapat keluar datang ke Malaysia pula, maka banyaklah perkara boleh kita belajar,” katanya pada sidang akhbar.
Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat oleh cendekiawan terulung yang juga bekas Mufti Besar Palestin berusia 84 tahun itu di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Mohd. Na’im bersyukur dapat mengadakan pertemuan bersama Ekrima di Malaysia dan ia merupakan peluang keemasan buat dirinya bertemu tokoh agama itu.
Apabila berjumpa beliau secara fizikal, banyak perkara mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Palestin dapat diketahui termasuk perkembangan terkini Al-Aqsa. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.