Upah orang untuk buat badal haji, terkejut bila tengok keadaan dekat tanah suci bersepah dengan kertas

Sekarang ini adalah musim menunaikan ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan, bagaimanapun ada yang tidak bernasib baik kerana tiada kudrat dan tenaga untuk melakukan ibadah tersebut apabila mempunyai peluang. Disebabkan itu, mereka akan menggunakan perkhidmatan Badal Haji (wakil untuk bantu tunaikan haji untuk orang-orang tua atau uzur ataupun yang telah tiada). Namun begitu, ada antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk menipu. Klik sini untuk lihat video.

Perkara ini didedahkan menerusi satu akaun TikTok yang menunjukkan beberapa individu sedang bergambar sambil menunjukkan nama individu yang mereka wakili. Dalam video tersebut didakwa mereka hanya ke tanah suci dan bergambar sahaja tanpa melakukan proses ibadah haji walaupun sudah dibayar. Difahamkan kes yang sama disaksikan sendiri oleh individu yang betul-betul melaksanakan Haji Badal tersebut, Kashful Azim Shaharuddin menerusi Facebook miliknya.

Bagaimanapun, apabila dia menjejakkan kaki ke Jabal Rahmah, banyak kertas yang diisi nama orang bersepah diatas lantai, ada yang telah dikoyakkan. “Niat nak cari sarapan, terserempak geng ini terus jadi kesian pada semua yang terkena. Bayangkan macam-macam bendera negara ada. Siap buang kertas ada nama Allah di atas lantai?”

“Moga Allah berikan hidayah kepada pelaku supaya sempat bertaubat sebelum ajl dan meminta maaf kepada waris kerana menipu. Juga moga Allah berikan ahli waris kesedaran agar lebih memilih dan berhati-hati mengamanahkan pelaksana badal haji.” Seorang satu badal satu tahun saja ya. Bukan 10 badal satu orang dalam satu tahun. Hati-hati badal haji murah. Mahal pun tak jamin tapi lebih logik dengan kos hidup tinggi sekarang. Wallahua’lam.” Allahuakbar, semoga kita dijauhi daripada ancaman sebegini.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version