Luahan Faezah Elai berlapang dada dengan tempelan artis sendu.

 Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, pelakon Faezah Elai berlapang dada dengan tempelan ‘artis sendu’ namun bersyukur masih dikurniakan rezeki sehingga hari ini. Wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui, pembabitan seninya tidak lagi seaktif dulu.

Cuma saya terpaksa menolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Saya akan pertimbangkan jika ada tawaran daripada pengarah dan produksi lain, andai watak dan waktunya sesuai dengan jadual saya terutamanya pada musim cuti sekolah,” katanya.

Faezah atau nama sebenarnya, Noor Faezah Md Elai berkata, dia tidak menyangka biarpun dilabel sedemikian, sahamnya masih tinggi apabila dilamar sebagai wajah kempen Aidiladha pakaian jenama Mawar Cotton. Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah itu mengakui, dia amat terkejut dan bagai tidak percaya apabila menerima lamaran untuk menjadi wajah kempen koleksi pakaian Hajeera Edition itu.

Tambah ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca itu, dia tidak menyangka keikhlasannya membuat ulasan (review) pakaian jenama berkenaaan sekitar empat tahun lepas mendatangkan rezeki kepadanya. Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati dengan ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram saya sekitar tiga atau empat tahun lalu.

Ulasan saya itu membuatkan pihak mereka tidak menang tangan melayan tempahan daripada pelanggan. Koleksi Aidiladha Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton memiliki 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) telah mula dilancarkan pada 9 jun lalu.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version