Tular video Watie hadiri parti bujang, tapi gelagat dia pula yang jadi bualan warganet

Majlis pernikahan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah yang bakal berlangsung 23 Jun ini sememangnya dinanti para peminat kerana sudah tidak sabar melihat mereka bergelar pasangan suami isteri. Menerusi video yang tular di TikTok, Watie dilihat telah dirai oleh rakan-rakannya dengan mengadakan bachelorette party. Perkongsian yang dimuat naik semula akaun TikTok dikenali sebagai @astanrxbc8f telah memperlihatkan Watie dan rakan-rakannya bergelak ketawa sambil bergurau di meja makan.

Walaupun ramai yang berasa perkara tersebut wajar dan tidak berlebihan, namun masih ada yang mengkritik dengan tinggalkan komen negatif menzahirkan rasa kurang senang dengan gelagat Watie dan rakan-rakan. Klik sini untuk lihat video.

Selain dari bergurau senda dan makan bersama rakan-rakan, bakal isteri kepada penyampai radio Suria FM ini turut menunjukkan bakat menyanyi apabila berkaraoke dan terlihat sangat ‘pro’ ketika membawakan lagu penyanyi terkenal, Ziana Zain. Seperti biasa, ada sahaja wayang tidak senang melihat Watie bernyanyi dan kerap membandingkannya dengan Allahyarham Siti Sarah walaupun sebelum ini Shuib pernah mengatakan yang arwah ada tempat tersendiri di hatinya.

Tak hanya itu, sesetengah pihak turut memerli Watie dengan mengatakan yang dia sudah pandai memegang mikrofon kerana dalam temubual sebelum ini, dia seakan-akan kurang selesa bercakap menggunakan alat pembesar suara terbabit. Namun begitu, ada juga yang matang dalam melontarkan kata-kata dengan memaklumkan mungkin dia akan berubah menjadi ibu dan isteri yang lebih baik di masa akan datang apabila berkahwinan nanti serta sentiasa mendoakan usahawan itu terus bahagia bersama keluarga kelak.

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shamira Mohamad akan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jumaat ini. Walaupun sepakat tidak akan melangsungkan majlis resepsi, mereka tetap membuat beberapa majlis seperti khatam al-Quran dan malam berinai yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version