8 tahun memendam rindu, Awie luah rasa syukur akhirnya dapat berjumpa dengan 2 orang anak

AIR mata menjadi saksi pertemuan penyanyi Datuk Awie dengan dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha, 13, pada sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat lalu. Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, berkata, rindu yang dipendam selama lapan tahun terhadap anak-anaknya akhirnya berbalas dan bersyukur diberi kesempatan bertemu mereka. “Air mata menjadi saksi. Rinduku berbalas… Anak-anakku dunia akhirat. Moga bahagia ini hingga ke Jannah,” katanya. Awie berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Facebook miliknya pada Ahad.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi, pertemuan itu turut disertai oleh isterinya iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin bersama tiga lagi anaknya iaitu Puteri Aleeya Antasha, 23, Puteri Aleefa Antasha, 21 dan Putra Ahmad Merrah, 16 tahun. Bekas isterinya iaitu Rozana Misbun turut hadir pada pertemuan itu. Mereka sekeluarga dilihat meluangkan masa di sebuah hotel dengan melakukan aktiviti mandi-manda di kolam renang. Dalam pada itu, penyanyi lagu Dipenjara Janji itu turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan ibu kepada anak-anaknya serta berdoa agar pertemuan itu menjadi permulaan yang baik buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih isteriku. Terima kasih kepada ibu anak-anakku… Moga ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua,” ujarnya. Pada Selasa, Awie ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan Perdana filem terbitannya, Sue-On memaklumkan dia meletakkan harapan yang besar untuk bertemu dengan anak-anaknya selepas lapan tahun terpisah. Kata Awie, Qasseh sebelum ini menghubungi dirinya terlebih dahulu meluahkan rasa rindu sebaik pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Untuk rekod, Ahmad Rezzki dan Qasseh merupakan anak hasil perkahwinan Awie bersama Rozana Misbun. Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2006 namun berpisah pada 2014. Mereka memiliki tiga orang cahaya mata yang mana Ahmad Merrah tinggal bersama penyanyi berkenaan. Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 namun berpisah pada Oktober 2006.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version