Nekad nak bela nasib rakyat, ramai lagi yang tak tahu Baby Shima pun akan bertanding masa PRN

KEPUTUSAN mengejut penyanyi Baby Shima mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini kerana ingin membela nasib rakyat. Bakal bertanding atas tiket bebas, Shima atau Nor Ashima Ramli bagaimanapun belum bersedia mendedahkan kawasan dia bakal bertanding selain manifesto bakal dijanjikan kepada pengundi. Buat masa ini saya tak boleh kongsi lanjut mengenai perkara ini tapi saya akan bertanding atas tiket bebas.

“Di kawasan mana dan apa manifesto saya untuk rakyat akan saya umumkan tidak lama lagi. “Saya mahu bela nasib rakyat agar beban dihadapi masyarakat dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin. Dalam pada itu, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini memberitahu tujuan utama dia terjun dalam bidang politik adalah demi berkhidmat untuk rakyat. Menjadikan artis-artis yang pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini sebagai inspirasi, Shima mengambil inisiatif membantu rakyat lebih-lebih lagi golongan belia.

“Sebelum ini ramai artis lain pun terlibat dalam politik. Tujuan mereka mahu yang terbaik untuk rakyat. “Begitu juga saya, tak salah kalau kita ada niat baik mahu berbakti kepada masyarakat terutamanya anak-anak muda,” ujarnya. Bercakap soal reaksi warganet atas tindakan mengejutnya ini, Shima berkongsi dia tidak boleh menghalang sekiranya ada tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Shima bagaimanapun yakin masih ada dalam kalangan masyarakat yang akan menyokong niat baiknya masuk ke dalam dunia politik.

“Saya tidak boleh halang kalau ada yang ingin memberi kritikan kepada saya. Saya hanya berniat untuk membantu masyarakat. Dalam yang mengkritik, ada yang menyokong niat baik saya… semuanya untuk rakyat,” katanya. Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November lalu, beberapa selebriti turut bertanding merebut kerusi kemenangan termasuk Datuk Seri Eizlan Yusof, Dr Ahmad Idham, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dan penerbit dan pengarah, Datuk Jurey Rosli. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version