PENYANYI Bad Indigo mendedahkan teman wanitanya diganggu individu tidak dikenali yang sering menghantar mesej berbaur hasutan dalam cubaan mengeruhkan hubungan mereka. Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, berkata, individu tersebut turut menghantar gambarnya bersama bekas isteri kepada kekasihnya dengan memberitahu dia lebih sesuai bersamanya. Disebabkan itu kata Bad, dia bimbang untuk mendedahkan identiti teman wanitanya yang dikenali sebagai RDM kepada umum.
“Saya tak faham dengan orang yang tak habis-habis bersikap dengki dan cuba menghasut. Langsung tak boleh tengok orang lain senang, tetap mahu masuk campur dalam urusan peribadi orang lain. “Baru-baru ini RDM diganggu… disebabkan itu sampai sekarang saya tidak mahu dedah nama dan wajahnya kerana bimbang dengan individu yang suka menghasut dan bersikap dengki. Ada individu yang tahu kisah kami ini sudah hantar gambar lama saya bersama bekas isteri kepada RDM dan memberitahu saya lebih sesuai dengan bekas isteri,” katanya.
Bad berkongsi mengenai perkara itu menerusi siaran langsung di Instagram miliknya pada petang Ahad. Dalam pada itu, Bad turut kesal apabila keadaan fizikalnya yang tidak sempurna turut menjadi bahan hasutan individu berkenaan terhadap RDM. Menurutnya, situasi tersebut membuatkan emosi kekasihnya terganggu. “Ada yang siap tanya lagi, betul ke nak dekat saya? Saya ini kan cacat. Saya ini cacat atau tidak, semua ini ujian dari Allah SWT. Apa masalah dia nak menghasut RDM?
“Apa masalah dia nak hantar gambar lama saya? Gangguan seperti ini sudah tentu menganggu emosi RDM,” ujarnya. Sementara itu, Bad memberi peringatan kepada individu tersebut sekiranya terus melakukan gangguan terhadap teman wanitanya. Tambahnya, dia juga tidak akan memaafkan si pelaku kerana telah menganggu kehidupan mereka berdua. “Lupa ke apa yang korang buat dekat dunia ini, ingat habis dekat sini ke? Ia dibawa ke akhirat kelak… Nanti dekat sana korang merangkak cari saya.
“Dengan nama Allah, saya tidak memaafkan. Untuk memaafkan seseorang itu adalah hak kita. “Jadi, baik korang berdoa sahajalah supaya Allah menerima permohonan maaf korang itu kerana saya tidak akan maafkan… Korang mengganggu hidup saya,” katanya. Sebelum ini, tindakan Bad merahsiakan identiti kekasihnya membuatkan ada warganet yang menuduh penyanyi itu hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita. Perkongsian Bad meraih perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan berkongsi sudah menemui pengganti selepas mengumumkan perpisahan dengan penyanyi Ashira sekitar Jun tahun lalu.
Sumber: mStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.