Pasangan selebriti Da’i Syed dan Hana Ismail seakan memberi bayangan bakal jadi ibu bapa menerusi Instagram (IG). Menerusi hantaran itu, Syed memuat naik satu video yang memaparkan mereka sedondon memakai busana berona putih sedang berpiknik di sebuah tasik. Meskipun tidak mengesahkan secara terperinci, warganet mendakwa terselit sekeping gambar imbasan ultrabunyi (ultrasound) di dalam rakaman itu. “Kesian dia selalu kena usik! Okey bye, nak makan anggur.” Klik sini untuk lihat video.
Komen warganet:
Di ruangan komen, warganet mula menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan agar urusan dipermudahkan Allah SWT. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Syed tidak berjaya apabila kiriman WhatsApp yang dihantar tidak dibalas. Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.