Bekas isteri pelakon dan pengarah, Mat London, Fadilah Mansor memaklumkan arwah adalah seorang individu yang kelakar dan mereka mempunyai banyak kenangan manis serta pahit sewaktu bergelar suami isteri dahulu. Menerusi rakaman temu bual, Fadilah memberitahu nota terakhir yang ditulis oleh arwah sangat tinggalkan kesan buat dirinya. Tambah Fadilah, meskipun mereka sudah lama berpisah, dia dan arwah masih menjalinkan hubungan yang baik disebabkan anak-anak. “Kami selalu berhubung dan baru ini raya kami ada bergambar bersama. Sepanjang arwah berada di hospital, saya setiap hari melawat arwah. Ada suatu hari saya tidak pergi dan dia bertanya kepada anak-anak. Klik sini untuk lihat video.
Dia minta pen dan kertas dekat anak-anak lalu menulis ‘Love, Mama’. Selepas itu dia ditidurkan dan saya tidak dapat lagi bercakap dengannya.” Sekadar info, Allahyarham Mat London disahkan pergi menghadap illahi di Hospital Kuala Lumpur, semalam. Arwah dimasukkan ke hospital sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan kuman di paru-paru dan terpaksa ditidurkan. Fadilah dan Mat London mendirikan rumah tangga pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia Farhani dan Faeesal Aswad.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.