ALLAHYARHAM Datuk Seri Salahuddin Ayub pernah berharap pergi menghadap illahi ketika sedang berkhidmat untuk rakyat. Perkara ini didedahkan oleh anak sulung kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu, Iskandar Zulkarnain, 37. “Ini impian dia, dia memang cakap kalau pergi menghadap illahi, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Pontian, Johor pada Isnin.
Menurut Iskandar Zulkarnain, dia bersama lima adik sudah dididik sejak kecil untuk memahami kerjaya sebagai ahli politik dan meletakkan diri bapa mereka sebagai milik rakyat “Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. “Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat,” katanya. Tambahnya lagi, terlalu banyak nasihat diberikan Ahli Parlimen Pulai itu sebelum pergi menghadap illahi termasuklah pesanan supaya tidak mencampuri urusan kerjanya, sentiasa berdikari dan tidak bergantung kepadanya.
“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya. Iskandar Zulkarnain turut mengimamkan jenzh Salahuddin yang merupakan salah satu permintaan terakhir Allahyarham. Mewakili keluarga, dia memohon semua pihak mendoakan bapanya itu pergi dengan nama serta dan jasa yang baik. “Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf,” katanya. Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram tinggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, 60, bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.