Buat video masak dengan influencer lelaki, ramai yang kecewa bila tengok Hawa Rizwana bersentuhan dengan individu tu.

Nama pelakon dan pengacara popular, Hawa Rizwana semakin melonjak naik dengan bakatnya yang dilihat makin meluas dalam pelbagai bidang. Oleh demikian, segala pergerakan yang dilakukan sering diperhati dan menjadi perhatian. Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan dilihat bersama seorang pempengaruh social media, Sid Murshid. Dalam video itu, mereka dilihat bersama-sama menjayakan satu masakan iaitu nasi goreng yang dipilih sendiri Hawa. Klik sini untuk lihat video.

Selain itu, Hawa dan Sid turut melakukan ‘high-five’ beberapa kali. Pergaulan yang ditonjolkan semasa memasak itu mencetus rasa kurang selesa dalam kalangan warganet yang menganggap Hawa bukan seorang yang sebegitu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati aktres berusia 28 itu untuk menjaga batas pergaulan dengan imejnya yang bertudung. Selain itu, terdapat juga segelintir warganet yang menegur kedua-dua pempengaruh itu untuk tidak membaling-baling bahan masakan ketika memasak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version