Demi anak, Eja sanggup tinggalkan dunia lakonan masa nama di kemuncak

Peminat industri tanah air pastinya merindui lakonan hebat aktres senior Eja untuk kembali aktif di kaca televisyen. Bagaimanapun, menurut Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk mengundurkan diri sejak lapan tahun lalu meskipun namanya ketika itu berada di puncak. Menerusi temubual dalam sebuah program podcast, Eja menjelaskan dia mengambil keputusan tersebut kerana mahu memberikan fokus penuh kepada keluarga serta anak tunggalnya, Nur Eishal, 13. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tinggalkan kerjaya seni saya kerana seorang anak. Saya tinggalkan semua kerjaya saya untuk keluarga.Seperti yang ramai tahu, saya tinggalkan industri ketika nama saya masih lagi diperlukan, masih lagi di atas. Saya ambil keputusan berehat yang begitu panjang sebenarnya, mungkin berpanjangan sehingga ke akhirnya. Saya anggap itu adalah satu-satunya pengorbanan terbesar yang saya buat sebagai seorang ibu kepada keluarga dan satu-satunya anak perempuan saya yang diberikan oleh Allah, Nur Eishal.

Bila anak saya naik darjah satu, saya ambil keputusan untuk menjaga dia sepenuh masa. Sebelum itu, saya masih dalam situasi 50-50, ada kerjaya dan keluarga. Tetapi selepas Eishal naik darjah satu, keluarga adalah yang pertama dan kerjaya yang kedua.” Dalam masa sama, aktres berusia 50 tahun itu menjelaskan bukan mudah untuknya tinggalkan dunia lakonan yang sudah dianggap sebagai cinta pertamanya. “Saya buat sesuatu itu (berlakon) kerana cinta dan minat bukan kerana duit semata-mata. Kalau duit pun lama-lama akan buatkan diri rasa bosan. Meskipun tahu duit diperlukan untuk beli semua. Tapi tidak segala-galanya.

Kerjaya adalah cinta pertama saya, walaupun saya sudah tinggalkan, tapi akan ingat sampai bila-bila. Bila saya berehat dari industri lapan tahun lalu, rasa serba salah ketika itu wujud dalam diri. Sebab sebahagian daripada diri itu sudah hilang, bukan satu perkara yang senang.” Justeru, Eja berharap agar cahaya matanya itu akan menghargai pengorbanan dan kasih yang dicurahkan olehnya sebagai seorang ibu.

“Tugas sebagai seorang ibu bukan satu tugas yang kecil, bukan senang. Kadang kala buat sesuatu tanpa bayaran, tetapi buat atas dasar kasih sayang. Saya harap anak saya memahami, mengerti dan menghargai pengorbanan saya ini. Keutamaan lebih kepada keluarga ketika itu hingga sekarang.” Terdahulu, sekitar 2017, Eja mendedahkan sudah 10 tahun bergelar isteri kepada tokoh korporat, Mohd. Silahuddin Jamaluddin. Sejak itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) itu mengambil pendekatan memperlahankan karier selepas melahirkan anak tunggalnya, Nur Eishal.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version