Merupakan satu tanggungjawab yang besar, Fauziah Nawi kini bergelar Datuk pada usia 70 tahun

PELAKON Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekaligus membawa gelaran Datuk. Fauziah, 70, berkata dia tidak menyangka baginda berkenan menukar pingat Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) seperti yang dimaklumkan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada Jun lalu. Kata Fauziah, sepanjang berkecimpung dalam dunia seni, dia tidak pernah meletakkan harapan diberi pengiktirafan sebegini.

“Saya terima panggilan daripada pihak istana memaklumkan pingat asal diterima ditukar pada 21 Jun lalu. Saya memang tidak pernah meletakkan harapan. Bila diberi gelaran ini ia merupakan satu tanggungjawab besar buat saya. Banyak lagi benda yang perlu saya lakukan. Apa pun saya bersyukur kerana dikurniakan anugerah ini ketika masih hidup,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Sementara itu, Fauziah berkata pengiktirafan ini juga memberikannya semangat untuk terus berjuang sebagai anak seni dan bukan hanya sebagai pelakon di hadapan kamera. Malah, dia berazam untuk menyumbang sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat. “Sekarang ini saya kena fikir apa lagi perlu dilakukan untuk memberi semula kepada industri kita. “Kalau tanpa gelaran ini pun saya akan terus berjuang dan menyumbangkan sesuatu yang boleh memberi manfaat,” ujarnya. Dalam masa sama, Fauziah mengakui kekok apabila dipanggil dengan gelaran Datuk. “Segan pula bila orang mula panggil Datuk. Rasa tak biasa,” jelasnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version