Guru ponteng kelas selama 7 bulan, 3 bekas pelajar Sekolah Menangah dapat pampasan RM50k seorang

Di Kota Kinabalu, Sabah, tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi menerima pampasan RM50,000 masing-masing selepas berjaya dalam saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka yang ‘ponteng’ kelas selama tujuh bulan pada tahun 2017. Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, Leonard David Shim membuat keputusan itu selepas mendapati plaintif iaitu tiga bekas pelajar SMK Taun Gusi, Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali dan Calvina Angayung, kesemuanya 22 tahun berjaya membuktikan kes mereka berdasarkan imbangan kebarangkalian. Ketiga-tiga plaintif menamakan Mohd Jainal Jamran (guru Bahasa Inggeris di SMK Taun Gusi), mantan pengetua sekolah itu, Suid Hanapi, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ke tujuh.

Dalam keputusan setebal 74 muka surat melalui dokumen yang diperoleh media hari ini, mahkamah memutuskan tuntutan semua plaintif dibenarkan. “Defendan pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima telah ingkar kewajipan berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan 1996 dengan gagal menyediakan ketiga-tiga plaintif untuk peperiksaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Defendan kedua ingkar kewajipannya di bawah Peraturan 3C, 25, 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Lima defendan tersebut sudah ingkat hak perlembagaan ketiga-tiga plaintif untuk mendapat pendidikan yang dijamin kepada plaintif di bawah Perkara 5 yang dibaca bersama Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan.” Oleh itu katanya, mahkamah menganugerahkan RM50,000 kepada setiap tiga pelajar terbabit dan ia akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh semua defendan. “Defendan perlu membayar ganti rugi am berjumlah RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM20,000 kepada setiap plaintif.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version