ISTERI penyanyi Virgoun berasa bersalah terhadap kemusnahan rumah tangganya yang dibina sejak sembilan tahun lalu kerana merasakan ia adalah kesalahannya. Inara Rusli mengakui dia kurang berhias sepanjang perkahwinan mereka yang membuatkan Virgoun bersikap tak setia dengan wanita lain dibelakangnya. “Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah. “Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.
Bagaimanapun kata Inara, dia tidak mempunyai masa untuk sentiasa berhias kerana sibuk menguruskan tiga anak mereka yang masih kecil. “Menyusukan dua orang anak sudah cukup penat… inikan pula nak cari masa berhias. “Oang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” katanya. Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan perpisahan terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan tak setia secara terbuka. Penyanyi itu mahu melepaskan isterinya selepas mengakui pendedahan tersebut. Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014 dan memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.