Teruk kena kritik dengan warganet, individu ni mengaku buat pendakap gigi guna dana kerajaan

Seorang wanita yang didakwa sebagai penjawat awam menerima kritikan dalam kalangan warganet apabila mengaku menyalahgunakan dana kerajaan bagi tuntutan perubatan. Pengakuan tersebut secara tidak sengaja didedahkan oleh rakannya, @motherofalma menerusi sebuah hantaran video di aplikasi TikTok baru-baru ini. Difahamkan, pada mulanya @motherofalma bertanya mengenai pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ sebelum wanita itu mengaku menggunakan faedah yang sedia ada di tempat kerjanya bagi melakukan rawatan tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Majlis punya panel kan banyak, aku manfaatkanlah ke demam ke apa semualah. Braces sepatutnya tak dapat, tapi aku ‘kawtim’ dengan doktorlah,” katanya.Walau bagaimanapun, wanita berhijab itu seolah-olah terkejut apabila rakannya memaklumkan bahawa perbualan mereka dirakam namun hanya mampu ketawa. “Aku rakam kau ni. Setiap kata-kata kau tu semua dah masuk dalam ni dah. Kau ‘kawtim’ dengan doktor, kau salah gunakan peruntukan majlis. Nak cantik guna dana kerajaan,” ujar rakannya berbaur sindiran. Meninjau di ruangan komen, video berdurasi satu minit itu meraih 74,000 tontonan, 1,309 tanda suka selain lebih 202 komen warganet yang tinggalkan pelbagai reaksi.

Alamak, salah tu sis! Janganlah guna bukan hak kita untuk kepentingan sendiri. Tak pasal dikenakan tindakan tatatertib pula nanti. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version