Kerap muat naik gambar tunjukkan hasil masak, kali ni Ira Kazar hidangkan Sirloin Steak pula

Sejak akhir-akhir ini, isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kerap kali menunjukkan hasil masak di dapur kepada pengguna media sosial. Terbaru, Ira menunjukkan skil memasak menu makanan barat di Instagram Story. Menerusi hantaran itu, Ira, 27, memuat naik foto hidangan stik sirloin yang sudah sedia untuk dijamah. Sajian itu turut diserikan dengan sos lada hitam (black pepper sauce) hasil air tangan Ira bersama mashed potato (kentang lecek). Dalam pada itu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin juga memilih lagu Hot in Herre nyanyian Nely sebagai muzik latar.

Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak Ira menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar. Kemudian, bubur som som pula dipuji cukup rasa lemak. Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand. Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version