Isteri kepada pelawak dan pelakon Bell Ngasri iaitu Nur Farhana Mohamad Fauri berkongsi sisi yang tidak ditonjolkan suaminya kepada umum. Ketika ditemui, Farhana berkata Bell seorang bapa yang tegas dan bertanggungjawab terhadap anak-anak di rumah. Malah, jelas Farhana ada ketika anak-anak tidak dapat membezakan sama ada bapa mereka sedang marah atau bergurau. “Dia sebagai suami sebenar sangat garang, terutama dengan anak-anak di rumah, sangat tegas.
“Adakala kalau Bell buat kelakar, anak-anak tak tahu itu kelakar atau serius. Anak-anak pun tak ambil tahu ayah dia berlakon cerita apa. Conversation di rumah lebih kepada seorang ayah dan anak.” Farhana berkata demikian ketika ditemui pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35) yang diadakan di Istana Budaya, Jumaat lalu. Dalam masa sama, Farhana turut mengakui suaminya seorang yang bekerja keras.
“Dia memang seorang yang kuat bekerja. Malah sebelum kahwin kami dah kenal lama, dari situ saya memang dah lihat dia sangat kuat kerja. Hidup memang untuk kerja. Semua orang tahu dia berlakon daripada umur enam tahun, jadi kenapa saya yang datang kemudian dalam hidup dia nak halang dia kerja kan.” Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 35 menyaksikan Bell diisytihar sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35. Selain memenangi kategori utama, Bell turut merangkul trofi Artis Komedi Popular.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.