Nama sukarelawan popular iaitu Azwan Omar atau lebih mesra dengan sapaan Abang Viva kembali menjadi bualan warganet susulan tindakanya memuat naik status seakan memberi bayangan dirinya dalam keadaan bersedih. Status berkenaan telah menuai pelbagai reaksi wargamaya sekali gus menimbulkan tanda tanya orang ramai. Malah, ada beberapa blogger tempatan yang mengeluarkan artikel dengan mengaitkan status sedih itu dengan rumah tangganya. Susulan itu, isteri kepada Abang Viva yang dikenali sebagai Eva Noza Zakaria tampil menafikan dakwaan dan spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sudah berakhir. Klik sini untuk lihat video.
Menurut Eva, dia enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap blog yang menulis artikel sebegitu, namun berharap semua pihak tidak mengeluarkan cerita yang tidak sahih tanpa usul periksa. “Berkenaan dengan story ini, sebenarnya dah lama tapi saya tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama. Kenapa saya tidak saman, kenapa kami tidak saman? Rasanya benda ini mula-mula nampak macam kecil tapi hopefully la saya harap pihak-pihak yang mengeluarkan cerita sebegini, sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan.
Tak perlulah benda kecil, nak saman. Kenapa saya rasa benda ini kecil? Sebab saya rasa mungkin salah faham, dan yang keduanya di petikan-petikan daripada sesetengah blog atau page.” Sementara itu, Eva menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya turut berharap pihak berkenaan dapat menurunkan artikel tersebut sebelum menimbulkan lagi salah faham orang ramai. “Saya malas nak besar-besarkan cerita ini, saya harap sangat mereka yang post berkenaan story yang tidak benar ini, sila turunkan posting anda sebelum orang lain salah faham. Sebelum fitnah ini berleluasa, kalau boleh post la benda berfaedah dan doa la yang baik-baik. Insya-Allah.”
Terdahulu, sukarelawan terkenal dengan misi banjir itu memuat naik status di TikTok dengan mengucapkan terima kasih kepada individu yang dikatakan telah ‘berjaya’ memporak perandakan rumah tangganya. Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu. Sekitar April lalu, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.