Pelakon, Remy Ishak kini sudah bergelar bapa setelah isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak sulung mereka semalam. Menerusi posting yang dibuat oleh Remy, dia meluahkan rasa syukur apabila isteri selamat bersalin pada pukul 11.17 pagi 27 Julai 2023. Namun begitu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik video sehari sebelum kelahiran anaknya apabila isteri tercinta memotong rambutnya. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi kapsyen yang disertakan, pemilik nama sebenar Mohammad Zalimie Ishak mengatakan isterinya telah memotong rambutnya sebelum dia merasaikan sakit untuk bersalin. “Detik-detik kejadian semalam. Sebelum sakit mendatang, rambut ku diragut,” tulisnya. Dapat dilihat yang Remy Ishak telah kembali kacak dengan imej berambut pendek seperti dahulu lagi selepas rambutnya dipotong kemas. Ezza juga telah memuat naik gambar suaminya yang sudah berambut pendek dengan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusannya dipermudah ketika bersalin tempoh hari.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui lebih suka melihat Remy berambut pendek kerana terlihat kacak dan kemas. Ada juga mengakui bahawa pelakon itu lebih sesuai berambut pendek dan sudah lama tidak melihat drama selebriti berkenaan di kaca televisyen disebabkan imej berambut panjangnya.
Apa-apa pun, tahniah buat Remy dan Ezza kerana dikurniakan cahaya mata pertama dan semoga anak yang baru lahir itu membesar menjadi insan yang berguna. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.