PENYANYI Yonnyboii kini bergelar bapa apabila isterinya Nik Nazira Narriman selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Rabu. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 4 pagi. Pasangan ini turut memilih nama Kairo sebagai panggilan buat cahaya mata pertama mereka itu. Berkongsi berita gembira itu, Nik Nazira turut meluahkan perasaan teruja dan tidak percaya sudah bergelar seorang ibu. “Macam tidak percaya dah jadi ibu sekarang. Syukur saya dan bayi kami dalam keadaan sihat.
“Selepas bersalin saya asyik tengok wajah anak sahaja. Satu perasaan yang berbeza buat kami berdua,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, sebelum itu turut memuat naik gambar dia bersama bayinya di laman Instagram miliknya.Berkongsi pengalaman menyambut cahaya mata pertama, Nik Nazira memberitahu dia bersyukur diberi rezeki tidak merasai rasa sakit hendak bersalin seperti mana kebiasaan.
Malah sebelum ke hospital, dia dan Yonny sempat menghadiri majlis tayangan perdana filem Barbie sebelum melahirkan anak. “Saya memang tidak rasa sakit nak bersalin. Apabila tiba di hospital pun bukaan telah besar dan bayi dilahirkan secara normal. “Baby nak beri peluang ibunya melaram dahulu sebelum bersalin,” ujarnya. Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.