Setelah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun yang lalu, pelakon Janna Nick mengakui ada merancang soal anak dan sama sekali tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata. Memetik Harian Metro, pelakon filem Juang itu memaklumkan bahawa dia mengimpikan untuk melahirkan anak dengan zodiak Libra namun mengakui mempunyai jadual yang padat sehingga tahun hadapan. “Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki Alhamdulillah.
Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat. Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja.” Dalam pada itu, Janna mengakui dia masih mencuba sedaya upayanya untuk menyesuaikan diri dengan peranan sebagai seorang isteri. “Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga.
Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu. Bila berada dalam industri ini saya masih lagi fokus dengan kerjaya. Bukan hal peribadi dan saya anggap hal rumah tangga serta keluarga dalam skop peribadi saya. Oleh itu, saya akan cuba seboleh-boleh untuk cuba asingkan peribadi dan juga kerjaya. Terdahulu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon berdarah Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.