Banyak kali bekerjasama, jurusolek terkenal Nuex Rosli atau mesra disapa sebagai NR mendedahkan sikap sebenar pelakon cantik Nur Fazura. Nuex menerusi siaran langsung di TikTok berkata Fazura antara selebriti yang memberi kesan kepadanya disebabkan sikapnya yang baik dan berbudi bahasa. “90 peratus artis adalah baik… Uqasha Senrose baik, semua baik. Tapi yang paling baik dan terkesan pada hati NR ialah Fazura. Sebab Fazura ini bila NR make up, dia punya keramahan, dia genuine tau.
“Dia tak fake, dia sangat genuine… apa yang you nampak dia macam, dia adalah selebriti yang mempunyai hati yang besar, selebriti yang sangat-sangat best untuk bekerja. “Kalau dia nak minta alter sesuatu pun, macam nak tebalkan kening sikit ke apa, dia panggil NR, Nunu… ‘Nunu, cantik tapi boleh tak kalau kita nak try kening tebal sikit ke’. Dia akan cakap, minta dalam bahasa yang sangat lembut. “Macam ‘Nunu, macam tak cukup parang saja ni, nak tak kita parang macam ini’. Macam itu tau bahasa Fazura,” dedah Nuex.
Bukan sahaja isteri kepada aktor Fattah Amin, tetapi Nuex juga memberitahu aktres Uqasha Senrose dan adiknya iaitu Nelydia Senrose juga mempunyai budi bahasa yang tinggi.“I love Fazura… dia punya bahasa sangat tinggi. That is why NR selalu make up Fazura. Selebriti akhlak tinggi… Fazura, Uqasha, Nelydia… ini semua orang yang budi bahasa tinggi. “Ramai artis yang budi bahasa tinggi. NR tak tahu la, maybe nama NR strong ke apa, tapi bila NR bekerjasama dengan mereka, mereka sangat baik,” ujarnya.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.