Seorang lelaki ditanduk seekor lembu jantan berat lebih empat ratus kilogram di Santiago

Seorang lelaki digelar sebagai ‘Messi of Matadors’ cedera parah dalam insiden melibatkan seekor lembu jantan seberat 467 kilogram  di sebuah stadium di Santiago, Sepanyol kelmarin, lapor portal berita MailOnline semalam.Andres Roca Rey, 26, mengalami banyak kecederaan dan lebam pada badannya selepas ditanduk sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Lembu jantan bernama Viruta itu menyerang, menyeretnya di padang stadium dan melambungkannya ke udara. Mangsa luka pada lutut kirinya dan mengalami banyak kesan lebam pada leher, muka serta , paha kanan.

Matador itu menjalani lebih banyak ujian perubatan semalam. Dalam satui rakaman video, pasangan matador itu, Cayetano Rivera dilihat menyerbu untuk membantu Roca Re.

Roca Rey kemudian menulis di laman instagram: “Cayetano, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda menunjukkan persahabatan untuk menyelamatkan saya.” Matador itu adalah bintang terbesar dalam sukan lawan lembu, lapor akhbar The Telegraph.

Seperti bintang bola sepak Argentina. Lionel Messi, Roca Rey berpindah dari Amerika Selatan ke Sepanyol pada zaman kanak-kanak untuk memberi tumpuan kepada kerjaya tersebut. – Agensi

Kredit Kosmo Online PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version