Rata-rata peminat sedia maklum hubungan dua pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Jep dan Shuib seakan renggang selepas timbul beberapa isu antara mereka berdua. Sebagai bekas anggota Sepah, Mamat atau Mohd. Nor Murad pernah terfikir untuk menemukan dua sahabat baiknya dalam suasana santai seperti suatu ketika dulu, lapor Kosmo! Sebagai individu yang menghimpunkan kumpulan itu sekitar 17 tahun lalu, Mamat berasa bertanggungjawab menjernihkan semula hubungan antara sesama rakan karibnya demi sebuah ukhuwah.
“Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting. Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk,” katanya. Mamat mengakui rindukan momen bersama rakan-rakannya itu dan dia turut mendedahkan sering berjumpa dengan Jep, sementara Shuib pula berhubung ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.
“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya lagi. Sebelum ini, Jep mendedahkan bahawa dia tidak dijemput menghadiri ke majlis perkahwinan Shuib dan Watie susulan tiada kehadirannya yang menjadi persoalan besar para peminat. Sekadar info, kemelut antara Jep dan Shuib kelihatan ketara selepas pelawak itu tidak menyertai jelajah reunion Sepahtu, tetapi menerima undangan dengan program lawak bersama kumpulan lain.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.