Penyanyi rap dan penceramah motivasi Caprice menegur pelakon remaja Qistina Raisah yang mengakui dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice menekankan betapa penting mencari ilmu dalam kehidupan kita. Kata Caprice, 34, duit boleh hilang sekelip mata sekiranya tidak ada ilmu di dada. “Tahniah kepada anak muda kita yang berjaya ada karier di usia muda. Rezeki masing-masing sudah ditulis. Ilmu lagi penting daripada duit. Korang boleh ada RM100. Dengan ilmu, korang boleh bina sesuatu dan capai RM10,000. Atau korang boleh ada RM1 juta tetapi tak ada ilmu dan hilang semua. Klik sini untuk lihat video.
“Duit tanpa ilmu boleh ke laut. Ilmu tanpa ada apa-apa boleh bina duit, insya-Allah. So Malaysia, stay go school, study hard dan jaga ibu.” Dalam pada itu, pemilik nama Ariz Ramli menasihati anak muda yang sedang meningkat naik dalam industri seni untuk sedar populariti tidak selamanya kekal di atas. Saya beritahu adik-adik dalam industri, fame (kemasyhuran) ini macam lilin. Masa ada api, kena buat duit. Satu hari nanti, api lilin akan padam. Tetapi kalau kita ada ilmu, insya-Allah selamat. Ilmu nombor satu.” Sebelum ini, Qistina memberitahu dia terpaksa ‘melupakan’ alam persekolahan demi melunaskan tugasnya sebagai pelakon. Menurut Qistina, 15, dia mula ‘home school’ sejak berusia tujuh tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.