Sempat pergi ke tempat korban, suami dedah Neelofa dah masuk hospital untuk bersalin ank kedua

SUAMI kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris memaklumkan pengacara dan usahawan itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka. Haris atau Muhammad Haris Ismail, 27, mendedahkan perkara itu ketika dia terlibat sebagai pengacara dalam sebuah program televisyen pada Khamis. “Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad,” katanya.

Haris menjelaskan hal tersebut ketika rakan pengacara iaitu Fakhrul Radhi menceritakan tentang situasi dia ketika itu tetap hadir ke program berkenaan walaupun ada urusan kecemasan. Memberi respon kepada perbualan mereka berdua, Haris turut memaklumkan dia akan segera berjumpa isterinya selepas selesai tugas di studio. “Korban tetap korban, lepas ini terus ke sana,” ujarnya. Sementara itu menerusi perkongsi di Instastory, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sempat menghadirkan diri ke tempat korban bersempena sambutan Aidiladha bersama Haris dan anak lelaki mereka.

Kehadiran Neelofa itu dipercayai sebelum dia dimasukkan ke hospital untuk bersalin. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version