Terjawab teka teki warganet, Neelofa umumkan nama putera kedua dia terinspirasi dari Hadis Nabi

SEPERTI yang dijanjikan pengacara dan usahawan Neelofa memaklumkan memilih Abdullah Abbas sebagai nama bayi lelaki keduanya. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan suami iaitu Muhammad Haris Ismail, 28, memberitahu mereka memilih Abdullah pada pangkal nama kerana ia adalah nama disukai Allah sementara Abbas menjadi kata-kata dalam doa Rasullulah SAW. “Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin. “Nama yang paling disukai Allah antaranya Abdullah, maka permulaan namanya adalah Abdullah. Manakala Abbas pula Nabi SAW sendiri pernah mendoakannya,” Katanya.

Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa BILAL dan ABBAS yang dipilih.. Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinnya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberanian beliau dalam agama sehingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal disiksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yg dijanjikan Nabi saw. Sehingga ada hadith nabi saw bertanya. Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku di dalam syurga.

Dan Bilal menjawab, tidak ada amalan yang lebih aku harapkan berbanding apabila aku berwuduk pada waktu malam atau siang, aku akan mendirikan solat dengan wuduk itu apa yang telah ditakdirkan untuk aku solat.” Riwayat al-Bukhari (1149). Dengan kisah ini doa kami agar Bilal bin Haris dapat jadi seakan akan Bilal bin Rabah R.A Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas. Merujuk hadith, berilah nama dengan nama para Nabi, nama yang paling dicintai Allah ‘Azza wa Jalla adalah Abdullah, kemudian Abdurrahman… (HR. Bukhari)

Nama yang paling disukai Allah antarannya Abdullah, maka permulaan namanya adalah “Abdullah”. Manakala “Abbas” pula, nabi saw sendiri pernah doakan nya yang bermaksud, “Ya Allah! Berikanlah kepada Ibn Abbas kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwilan-takwila”. Dan berkat Doa nabi maka taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usiannya yang muda ternyata sangat sangat fakih (bijak). Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Selasa. Sementara itu, Neelofa dan suaminya berharap agar anak keduanya itu menjadi harapan untuk menyampaikan dakwah. “Jadi harapan Umi (panggilan Neelofa) dan abah (panggilan Haris) adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam,” ujarnya. Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 10.45 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Kelahiran anak Neelofa sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia membuat pengumuman hamil kali kedua pada Mac lalu. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version