Teruk kena kritik dengan warganet sebab berbikini, ini pula pengakuan dari Yasmin Hani

PELAKON dan pengacara Yasmin Hani tidak mengambil pusing dengan kutukan dilemparkan warganet terhadapnya susulan memuat naik foto berpakaian menjolok mata di Instagram miliknya. Yasmin atau Yasmin Hani Ismail Richardson, 43, menjelaskan dia tidak boleh menutup mulut orang lain daripada berkata-kata sebaliknya cukup sekadar keluarga yang memahami sebarang tindak tanduknya. “Kalau kita kisah dengan apa orang cakap, kita tak boleh hidup. Paling penting, keluarga dan orang sekeliling kita okay, kita tahu apa yang kita buat dan it’s fine.

“Apa sahaja yang kita buat, orang tetap akan mengata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang lain. Kalau mereka nampak benda baik… maka baiklah jadinya tapi kalau pilih untuk lihat sesuatu perkara itu negatif, tak baiklah jadinya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa. Yasmin mengulas mengenai tindakannya memuat naik foto menggayakan baju berwarna ungu ketat yang dipadankan dengan celana putih pendek tanpa dikancing butangnya. Foto berkenaan menjadi sorotan netizen yang menegur Yasmin berpakaian seksi dan tidak sesuai dengan dirinya yang berstatus ibu kepada dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Yasmin menegaskan meskipun teruk dikritik namun dia sedar batas dalam berpakaian selain hanya mahu menjadi diri sendiri. Kata aktres itu lagi, definisi seksi berbeza menurut pandangan setiap individu dan tidak mahu menjadi seorang yang berpura-pura. “Sebenarnya sejak dulu orang bercakap fasal ini. Saya dah lama dalam industri dan sudah terbiasa berdepan situasi seperti ini. “Saya pun bukan berbikini… kalau pakai baju renang pun saya tetap pakai seluar. Bagi saya ini benda biasa sebab pakaian harian saya kalau di rumah pun berseluar pendek.

“Sesetengah orang ada pakai tudung tapi nampak leher. Ada pula pakai tudung tapi baju ketat nampak juga bentuk badan. “Jadi setiap orang ada limit masing-masing,” jelasnya. Yasmin bagaimanapun tidak kisah jika ada ingin memberi teguran namun biarlah menggunakan cara yang betul dan bukannya memaki hamun. Jelas pelakon filem Duyung ini, demi menjaga emosi dan kesihatan mentalnya, dia mengambil langkah memadam setiap komen negatif yang ditulis warganet. “Saya ada nampak komen-komen negatif di media sosial tapi bagi saya kalau nak menegur biar dengan cara baik.

“Ada saja yang DM saya tegur dengan baik dan saya balas mengucapkan terima kasih, siap beri emoji love lagi… saya hargai teguran mereka. “Saya hanya mahu hidup saya dikelilingi dengan perkara positif. Siapa yang komen negatif, tak senonoh di media sosial saya akan padam… Habis cerita,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version