Sebuah anak patung Barbie dikatakan mempunyai raut wajah yang hampir sama dengan penyanyi dan pengacara televisyen, Che Puan Sarimah Ibrahim.
Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @mishaqstn yang terkejut dengan satu gambar figura patung mainan yang tidak tumpah seperti selebriti tempatan itu. Kenapa patung Barbie yang ini nampak macam Sarimah Ibrahim???,” ujarnya.
Tinjauan Kosmo! mendapati ramai yang turut bersetuju dan teruja dengan anak patung yang mirip dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Kini Kau Tiada. Saya ingatkan saya seorang sahaja yang nampak anak patung itu sama macam Sarimah,” kata Ryan Mohamad.
Memang nampak sebijik ya,” komen Marliyana. Difahamkan anak patung Barbie tersebut merupakan edisi keluaran khas penyanyi terkenal kelahiran New York, Lana Del Ray.
Sehingga kini ciapan tersebut mendapat lebih 7,918 ulang ciap dan 15,200 tanda suka. Bagaimanapun, dalam satu ciapan balas Sarimah Ibrahim berkata, dia juga pernah mendapat permintaan untuk mendondonkan busana bertemakan Barbie beberapa tahun dulu.
Saya pernah bagitahu dulu saya diminta untuk berpakaian seperti Barbie beberapa tahun lepas yang lalu. Mungkin ini apa yang telah terjadi. Selorohnya lagi, dia bersedia untuk menerajui filem Barbie jika pihak produksi memerlukan wakil dari Malaysia. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.