ISTERI pelawak Shuib mendedahkan dia sepatutnya menghiburkan tetamu ketika majlis pernikahan mereka yang diadakan pada 23 Jun lalu namun tidak mendapat keizinan suaminya. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, bagaimanapun terharu apabila dapat menyanyikan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian asal kumpulan ST12 buat Shuib ketika berada di rumah. Apa lebih menarik perhatian, Shuib turut bermain gitar sambil Watie menyanyikan lagu tersebut dalam sebuah bilik dengan pencahayaan samar-samar bagi menimbulkan suasana romantik. Klik sini untuk lihat video.
Watie turut berkongsi video berdurasi satu minit itu di Instagram miliknya sebagai kenang-kenangan. “Malam tadi dia (Shuib) baik hati… Buat pertama kali dia sudi main gitar sambil dengar isteri dia menyanyi. Bolehlah lepas kempunan sebab sewaktu majlis pernikahan tempoh hari Shuib tak beri (izin) isteri dia ini menyanyi,” katanya. Dalam pada itu, Watie berkata, dia pernah bertanya kepada Shuib punca tidak mengizinkan dia menyanyi kerana Shuib pernah memberitahu dia mencari pasangan yang pandai menyanyi. “Bukan senang sebenarnya suami nak beri isteri dia menyanyi. Sampai kadang-kadang saya tanya dekat dia, awak kata cari pasangan pandai menyanyi… tapi kenapa awak tak beri saya menyanyi.
“Saya nyanyi tak sedap ke?,” ujarnya. Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai memuji kelunakan vokal Watie malah ada tidak menyangka usahawan itu berbakat besar sebagai penyanyi. “Dengar sampai lima kali rasa tenang je dengar suara nyanyi macam ini. “Sedapnya suara! Tolong buat video nyanyi banyak-banyak,” antara komen warganet. Watie dan Shuib, 39, sah bergelar suami isteri pada majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam. Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, MK K-Clique, Wan Sharmila, Marsha Milan dan ramai lagi.
Untuk rekod, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun. Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.