Masih belum dedahkan jantina, Remy Ishak kongsikan kini isteri dah selamat bersalin anak pertama

Aktor kacak berbakat besar, Remy Ishak, 40, memaklumkan isterinya, Ezza Yusof telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada pada jam 11.17 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, hari ini. Berita gembira itu dimaklumkan oleh Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menerusi hantaran di Insta Story miliknya sebentar tadi. “Assalamualaikum, alhamdulillah, isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,”maklumnya. Maklum pelakon drama Hijrah Jannah, isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan oleh orang ramai kepada mereka.

Bagaimanapun, Remy tidak mendedahkan jantina anak sulung mereka. “Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,”ujarnya lagi. Pada awal Mac lalu, Remy mengakui isterinya sedang hamil lima bulan sekali gus mengesahkan mengenai spekulasi orang ramai berhubung berita gembira itu. Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 dengan menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version