Selepas pelakon Shakilla Khoriri menjawab beberapa tuduhan yang mendakwa dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang, nama bekas suaminya, Fizi Ali turut dikaitkan warganet. Ketika dihubungi, penyampai radio Hot FM enggan masuk campur dengan kontroversi yang sedang dihadapi Shakilla. Kata Fizi, 34, urusan Shakilla sudah tidak ada kena mengena dengan kehidupannya selepas mereka berpisah pada 15 Disember 2021.
“Kalau nak cakap pasal pengakuan Shakilla di Melodi, sejujurnya saya belum tengok apa yang dikatakan. Tetapi nak cerita hal dia, rasanya dah tak ada kena mengena dengan saya. Kalau nak minta komen, lebih baik dengan empunya badan. Saya hanya meneruskan kehidupan. Pasal dia saya tak tahu.” Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan hubungan mereka berdua, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin menyatakan sekadar sebagai ibu bapa kepada Ameena Sofia.
“Hubungan kami macam biasa saja. Nak kata kawan, tak kawan. Nak kata baik, tak baik. Kami ini lebih kepada penjaga Ameena. Perbualan kami di mesej pun 100% pasal Ameena. Tak ada cerita pasal keadaan masing-masing, sama ada okey atau tak okey. Memang tak ada langsung. “Tugas kami hanya sebagai ibu bapa Ameena. Selain daripada itu, saya tak nak komen apa-apa. Pandai-pandai la dia uruskan sendiri.” Sekadar info, Fizi dan Shakilla , 34, mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun berpisah tiga tahun selepas itu.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.