Pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad berasa hairan dengan sikap segelintir pihak yang mempertikaikan kemenangan pelawak dan pelakon, Bell Ngasri sebagai pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH 35). Menurut Nabil, kemenangan Bell pada ABPBH 35 adalah rezeki buatnya yang telah memulakan kerjaya sebagai anak seni sejak berusia enam tahun. “Saya tak faham kenapa ada orang pertikai kemenangan Bell di ABPBH 35. Itu rezeki dia, kenapa kau (warganet) mesti nak pertikaikan rezeki orang lain.
Bell dah mula berlakon sejak umur dia enam tahun, sangat awal. Sekarang baru dapat peluang untuk merangkul anugerah.” Nabil berkata demikian ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.Sementara itu, pemenang trofi Pengacara TV Popular ABPBH 35, Elly Mazlein bersetuju dengan pendapat Nabil dan menasihati orang ramai agar menjaga pertuturan terutama dalam media sosial. “Bell memang layak selayaknya, tapi kenapa orang dekat Facebook garang-garang ya? Saya mohon orang ramai kena bertenang dan jangan nasihat yang diberikan sehingga mengaibkan.
Malam kemuncak ABPBH 35 menyaksikan Bell diisytihar sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 35. Selain memenangi kategori utama, Bell turut merangkul trofi Artis Komedi Popular. Bagaimanapun, kemenangan Bell telah menjadi topik bualan hangat apabila ada segelintir warganet yang mempertikikan kemenangan tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.