Dah maklum pada bekas suami untuk keluar bekerja, ini pula respon Puteri Sarah bila ada yang cakap dia tak hormat tempoh edah

Pelakon Puteri Sarah berpendapat tiada sebarang masalah yang perlu dibangkitkan sekiranya dia keluar bekerja meskipun masih dalam tempoh edah. Ketika ditemui, Sarah berkata dia sudah pun membuat beberapa rujukan dan mendapatkan panduan berhubung perkara tersebut. Malah, Sarah menjelaskan, dia turut memaklumkan kepada bekas suaminya yang juga pengarah sensasi Syamsul Yusof untuk keluar berkerja. “Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja. Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak pergi menghadap illahi(berpisah hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting.” Sarah berkata demikian ketika ditemui di majlis Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang diadakan di The Agam pada malam Selasa. Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya berkata dia tidak terguris hati dengan ‘cakap nakal’ warganet yang mendakwa dia tidak menghormati tempoh edah selepas disahkan berpisah pada 14 Jun lalu.

“Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya. Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial.” Sarah merupakan calon Top 5 dalam kategori Aktres TV Popular dan antara yang memberi saingan ialah Anna Jobling, Raysha Rizrose, Sharifah Rose dan Siti Saleha. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Namun pasangan itu disahkan berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version