Ada pula yang cakap dia tak hormat tempoh edah, tak boleh berdiam ini pula respon Yusof Haslam

Pelakon, Puteri Sarah Liyana dilihat mendapat pelbagai kritikan daripada sesetengah wargamaya yang menuduhnya tidak menghormati tempoh edah selepas berpisah pada 14 Jun yang lalu. Komen tersebut ditulis warganet susulan beberapa gambar mesra yang dimuat naik pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu di media sosial. Terbaharu, Datuk Yusof Haslam, tampil mempertahankan Sarah dengan menyifatkan menantunya itu wajar untuk tampil cantik dan bergaya meskipun masih dalam tempoh edah selepas berpisah dengan Syamsul Yusof. Yusof yang digelar ‘The Six Million Dollar Man’ itu berpendapat, ia bukanlah satu isu buat menantunya yang kini perlu bekerja dan mencari rezeki selepas berpisah.

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab.” Walaupun jarang bertemu dengan kedua cucu, Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail sangat memahami dengan jadual Sarah yang sibuk dengan penggambaran. “Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini.” Dalam pada itu, penerbit filem Sembilu itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah dan Syamsul dalam mengecap kebahagiaan meskipun sudah berpisah.

Sumber: Harian Meto. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version