Baru sahaja beberapa minggu mengikat tali perkahwinan dengan wanita pilihannya, Watie Hanifiah, nama pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu sekali lagi menjadi bualan ramai. Terbaru, Shuib dituduh pula menjadi salah seorang ahli sebuah organisasi F yang dipercayai merujuk kepada Freemason dan mengaitkan kegiatannya itu dengan pemergian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tampil membuat permohonan maaf menerusi hantaran di Instagram story.
Menurutnya, dia begitu hairan kerana sering dikritik seakan ada sahaja yang tidak kena tentang dirinya di mata orang lain. Shuib kemudiannya membuat permohonan maaf sekiranya ada perbuatannya yang mengguriskan hati mana-mana pihak sehingga menyebabkan dirinya teruk dikritik sesetengah warganet. “Bila saya asyik kena hentam kena perli saya tertanya-tanya apa salah saya pada korang semua. Apa salah saya? Allahuakbar sedih rasa. Saya ada kacau apa-apa ke? Kalau ada saya minta maaf. Saya betul tak faham, kalau saya ni ada je benda tak kena di mata korang.
Di akhir hantarannya itu, Shuib menitipkan ucapan terima kasih buat semua rakan dan ahli keluarganya yang banyak memberikan kata-kata semangat buatnya. Dalam perkembangan lain, suami kepada Watie Hanifiah itu telah pun berjumpa dan memaafkan salah seorang daripada dua netizen yang telah menulis kenyataan fitnah mengenai pemergian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.