Dah macam keluarga, sebak bila tengok bibik tudung buat kejutan datang semula ke rumah Dato Aliff Syukri

PEMBANTU rumah Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan pulang ke pangkuan keluarga usahawan kosmetik berkenaan selepas pulang ke kampung halamannya di Indonesia tahun lalu. Isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida paling gembira melihat kelibat pembantu rumahnya itu dan menyifatkan ia hari paling gembira di dalam hidupnya. “Hari yang paling gembira dalam hidup saya. Tak tahu macam mana saya nak gambarkan kegembiraan ini. “Saya tak sangka dia sampai hari ini, sepatutnya lagi seminggu tapi dia pula buat kejutan sampai awal,” kongsinya. Klik sini untuk lihat video.

Shahida berkongsi video kepulangan pembantu rumahnya itu di Instagram miliknya pada Rabu. Meskipun hanya bergelar pembantu rumah namun wanita yang dipanggil bibik tudung itu sering dilihat muncul dalam video yang dihasilkan Aliff dan Syukri sehingga membuatkan dia dikenali dalam kalangan pengikut mereka. Wanita itu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun bersama keluarga usahawan berkenaan mengambil keputusan pulang ke Indonesia pada April tahun lalu.

Dalam pada itu, menerusi rakaman yang dimuat naik, wanita berkenaan dilihat berlari sejurus keluar daripada kenderaan ke arah Shahida dan anak-anaknya. Shahida juga dilihat sebak dan gembira menyambut kepulangan wanita berkenaan ke kediaman mewah mereka di Kota Damansara. Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Shahida memberitahu wanita bukan sudah tidak dianggap sebagai pembantu sebaliknya ahli keluarganya. Dia juga berharap kepulangan pembantu rumahnya itu dapat memeriahkan lagi keluarganya.

“Bibik tudung ini dah macam keluarga dalam hidup saya, bukan macam pembantu rumah sebenarnya. Dia lah kawan saya gelak, gembira dan dia jugalah peneman saya bila duka. “Semoga kehadiran bibik tudung kali ini akan menggembirakan saya dan seisi keluarga. Sangat rapat dengan anak-anak saya. Dia layan dan sayang macam anak dia,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version