TULAR satu perkongsian di media sosial seorang individu tampil mendakwa personaliti dakwah, Ebit Lew memungkiri janji terhadap keluarganya. Dalam hantaran dibuat di Facebook grup B40 Buat Perangai Apa Harini, wanita tersebut berkata kisah keluarganya dibantu Ebit pernah tular sebelum ini. Katanya lagi, susulan kisah tular itu, Ebit membantu meringankan beban keluarganya yang hidup susah dengan menyewakan sebuah rumah dan menanggung bil air dan elektrik.
Bagaimanapun dalam posting terbaharu yang dikongsi, individu itu mendakwa pendakwah bebas tersebut tidak lagi berbuat demikian seperti dijanjikan sehingga mereka sekeluarga dihalau keluar dari rumah sewa berkenaan. “Saya nak tanya pendapat, apa saya boleh buat pada orang yang mungkir janji. Dulu ustaz Ebit Lew pernah viralkan keluarga saya yang kami ni orang susah. Ustaz Ebit telah menyewakan kami sebuah rumah, disebabkan ustaz Ebit sering membayar lambat, kami telah dihalau keluar oleh tuan rumah. Bil air dan api (elektrik) juga tidak dibayar.
“Dulu ustaz Ebit pernah berjanji selagi dia masih hidup duit sewa rumah dan api dengan air dia akan tanggung. Sekarang dah jadi lain cerita, mana janji-janji ustaz Ebit kepada keluarga saya dulu,” katanya tanpa menyatakan lokasi tempat tinggal dia sekeluarga. Luah individu itu lagi, dia sekeluarga kini kini menjadi gelandangan dan dalam masa sama memaklumkan ada dalam kalangan jirannya mempersoalkan mengenai bantuan duit bulanan untuk membeli barangan dapur sebanyak RM2,000 yang diberikan Ebit.
Namun, dia menjelaskan bahawa tidak menerima apa-apa bantuan berbentuk wang dengan jumlah dinyatakan. “Pihak ustaz Ebit juga ada pesan jangan beritahu tuan rumah yang kami adalah penerima bantuan daripada dia. Jadi, bila ustaz lambat bayar sewa, tuan rumah akan marah. Kami takut nak beritahu pihak ustaz yang lambat bayar. Akhirnya kami dihalau keluar. Sekarang ustaz Ebit tidak lagi membantu keluarga saya. Rumah yang dulu dibayar oleh ustaz, sekarang tidak dibayar lagi.
“Keluarga saya tidak mempunyai rumah lagi disebabkan tidak dibayar oleh ustaz Ebit. Sekarang keluarga saya menjadi orang gelandangan,” dakwanya lagi. Hantaran yang meraih perhatian ramai itu mendapat pelbagai reaksi warganet dengan ramai yang meminta agar individu tersebut mengambil inisiatif mencari wang sendiri dengan bekerja. “Dah tu kalau suatu hari Ustaz Ebit Lew pergi menghadap illahi, waris dia kena tanggung kau sekeluarga ke? Kalau dia janji nak tanggung sampai bila2 pun tapi ditakdirkan dia miskin masih kena tanggung kau ke?
“Aku tak sokong Ebit Lew tapi tak sokong cara kau juga. Ebit dah bagi jalan kau nak senang, kenapa tak pergi cari kerja untuk maintain bayar sewa? Kenapa nak ‘ikat’ sangat dengan janji dia?” soal warganet mempertikaikan luahan individu tersebut. Dalam pada itu, ada warganet yang berpandangan ini bukanlah isu malas tetapi mengenai janji yang dibuat dan perlu ditunaikan. Malah, terdapat juga cadangan agar individu tersebut membuat tuntutan terhadap pihak Ebit sendiri jika dakwaannya benar.
“Ebit Lew mungkiri janji (tak boleh sangkal kalau betul). Dia janji akan bayar selagi hidup. Kalau dia mungkir janji tanpa sebab, salah tu… Jangan nak sokong benda salah. “Isu sekarang ni bukan fasal keluarga ni malas ke apa tapi isu janji. Benda ni sudah terjadi sejak dulu dan bukan sasaran pertama tapi semua sasara tak berani nak dedahkan takut kena kritik,” komen beberapa warganet lain. sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.