Muat naik video siapkan anak anak ke sekolah, ramai yang suka tengok cara Watie layan anak anak


Pasangan sensasi, usahawan Watie Hanifah dan pelawak Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib yang melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun lalu ini sering kali mendapat perhatian warganet. Keakraban Watie bersama anak-anak Shuib semakin terserlah apabila dia sering memuat naik video menghabiskan masa bersama-sama. Terbaharu, tular satu video yang dimuat naik di laman Instagram milik Watie yang sehingga kini mendapat hampir 55 ribu sukaan dan terima lebih 370 ribu tontonan. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video terbaharu tersebut, Watie berkongsi rutin hariannya bersama Shuib yang sedang mempersiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Selain dari itu, Watie juga menyediakan sarapan serta bekalan untuk dibawa oleh anak-anak dan turut menghantar mereka sehingga ke dalam sekolah. Menerusi ruangan komen, rata-rata memberi pujian dan teruja melihat Watie menjalankan tugas sebagai seorang ibu tanpa berbelah bahagi selain warganet turut perasan yang pakaiannya semakin longgar selepas berkahwin.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar Watie kekal istiqamah dalam berpakaian sedemikian dan ramai juga memuji kecantikan usahawan berkenaan apabila mengenakan tudung. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version