ISTERI Virgoun iaitu Inara Rusli memberitahu dia sudah membenarkan tiga orang anaknya bertemu penyanyi itu meskipun kes perpisahan mereka belum selesai. Inara bagaimanapun meletakkan beberapa syarat pada sesi pertemuan itu termasuk anak-anaknya sentiasa di bawah pengawasan selain tidak boleh bermalam ditempat lain. “Saya tiada masalah Virgoun berjuma anak-anak malah mereka juga ada bertemu baru-baru ini dan meluangkan masa bersama di rumah. “Cuma saya letakkan syarat iaitu tidak boleh bawa anak keluar bermalam ditempat lain. Kalau tetap mahu bawa mereka keluar, saya akan ikut,” katanya.
Sebelum ini mahkamah syariah di Jakarta memberikan hak penjagaan kepada Inara selain memerintahkan Virgoun tidak mendekati anak-anak dan isterinya itu. Dalam pada itu, Inara menegaskan syarat yang diletakkan itu bukan bermaksud dia mahu kembali ke pangkuan suaminya itu sebaliknya hanya mahu memastikan keselamatan anak-anak. “Saya ikut sama bukan bermaksud kami tinggal sebumbung. Kami boleh tinggal di tempat yang berbeza cuma saya mahu sentiasa mengawasi anak-anak,” jelasnya.
Virgoun memfailkan pisah terhadap Inara pada awal Mei lalu selepas isterinya membuat pendedahan tentang ketidak setiaan penyanyi berkenaan secara terbuka. Penyanyi itu mahu melepaskan isterinya kerana mengakui semua kesalahan telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka. Untuk rekod, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun, dan Terang Sharique Virgoun.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.