Perniagaan dengan isteri dapat sambutan, warganet minta Ali Puteh jangan lupa diri

Di TikTok, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa syukur apabila perniagaan yang diusahakan olehnya dan isteri mendapat sambutan daripada warganet. “Alhamdulillah, tak pernah terlintas di fikiran. Setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Terima kasih semua sokong perniagaan saya dan isteri. Moga Allah murahkan rezeki kalian semua.” Menerusi video yang dimuat naik, wajah Ali kelihatan gembira dan terharu apabila warganet memberi sokongan terhadapnya dan isteri. Tambah Ali, selepas ujian yang berlaku di dalam hidupnya sebelum ini, dia tidak menyangka Allah memberikan hikmah yang baik buat dirinya dan keluarga.

Berikutan perkongsian tersebut juga, rata-rata warganet tumpang gembira melihat kejayaan Ali dan isteri. Warganet turut memberi pesanan kepada Ali agar tidak lupa diri sekiranya sudah berjaya kelak. Menerusi pemerhatian, Ali berkata seumur hidup dia tidak pernah lupa diri. Jelasnya, dia sentiasa menjadi diri sendiri tidak kira waktu susah mahupun senang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version