Tular di media sosial baru-baru ini, perkongsian seorang pempengaruh yang mengumumkan pernikahan keduanya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada selebriti dan juga warganet. Menerusi hantaran di TikTok, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri secara berseloroh menyatakan hasratnya untuk berpoligami kepada isterinya, Datin Seri Nur Shahida. “Sayang, Abang Tesla tu dah berjaya pujuk isteri dia untuk minta restu kahwin lagi satu. Jadi saya nak minta restu macam Abang Tesla tu dekat sayang.” Klik sini untuk lihat video.
Dalam masa yang sama, Aliff meminta isterinya untuk menjadi seperti isteri pertama pempengaruh tersebut dengan membenarkannya untuk berkahwin sekali lagi. “Sayang boleh tak jadi macam isteri Abang Tesla tu? Salam, restu..dapat payung emas.” Shahida kemudian membalas ringkas kepada suaminya dengan mempersoalkan tentang calon isteri keduanya. “Sila, sila. Persoalannya ada ke orang nak? Tak payah lah payung emas. Rimas!
Komen Warganet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat suami dan isteri itu malah ada juga yang memuji sikap Shahida yang penyabar melayan kerenah usahawan berusia 37 tahun tersebut. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.